Inisiatif Belanjawan untuk Perumahan
Inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan yang boleh anda manfaatkan Melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini, pihak kerajaan telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan merangsang agenda perumahan negara. Agenda perumahan negara sering menjadi bualan di kesemua peringkat lapisan masyarakat di Malaysia. Semenjak mencapai kemerdekaan, industri perumahan dan hartanah terus berkembang dan menjadi antara industri utama dalam memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang wujud pada masa kini yang menjadi faktor utama berlakunya ketidakseimbangan di antara pembeli dan pemaju hartanah. Sebagai tambahan, hampir 34,532 unit rumah yang bernilai sehingga RM 22.67 bilion tidak terjual setakat suku pertama tahun 2018 dan hanya 20 ribu daripada 140 ribu unit perumahan PR1MA yang mampu dijual. Melalui kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada Mei 2019 menunjukkan bahawa...